Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Rai Hari Kemerdekaan Pakistan ke-75

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Suruhanjaya Tinggi Republik Islam Pakistan di Negara Brunei Darussalam hari ini mengadakan upacara menaikkan bendera sempena Hari Kemerdekaan Republik Islam Pakistan ke-75 tahun di perkarangan suruhanjaya itu di Lambak Kanan.

    Majlis menaikkan bendera disempurnakan oleh bakal Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani dengan semangat kebangsaan jelas bersemarak dalam kalangan komuniti Pakistan di negara ini.

    Menurut kenyataan suruhanjaya itu, sempena sambutan itu, beberapa aktiviti sosial turut diadakan termasuklah acara penanaman pokok, kempen kebersihan pantai dan banyak lagi. Manakala perlawanan kriket persahabatan antara warga Pakistan dan sukarelawan tempatan juga akan berlangsung di Kelab Panaga, Kuala Belait.

    Kenyataan turut menekankan bahawa Republik Islam Pakistan dan Negara Brunei Darussalam terus menjalinkan hubungan dua hala yang baik daripada segi diplomatik, kebudayaan, ekonomi dan banyak lagi.

    Upacara menaikkan bendera sempena hari kemerdekaan Pakistan berlangsung di Suruhanjaya Tinggi Pakistan, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...