Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Raih manfaat 10 malam terakhir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – ExCo Keagamaan dan Kerohanian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Pelajar (UTB), Campus Lead EEE dan Kelab Quranic Beats (Qbeats), UTB dengan kerjasama Belia ‘Ibadurrahman Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, baru-baru ini, telah mengadakan Program Qiamullail yang bertemakan ‘Andai Ini Ramadan Terakhir Bagiku’.

    Diadakan secara hibrid iaitu secara fizikal di Masjid Hasanal Bolkiah, Pekan Tutong, dan secara maya melalui Microsoft Team, program dihadiri oleh mahasiswa dan mahasiswi UTB termasuk ahli-ahli MPP dan para belia ‘Ibadurrahman Masjid Hassanal Bolkiah.

    Menurut kenyataan yang diberikan Kelab Quranic Beats, program dilaksanakan untuk memberikan kesempatan kepada warga universiti melaksanakan qiamullail bersempena bermulanya 10 malam terakhir Ramadan.

    Program telah diisikan dengan bacaan Surah Al-Mulk oleh peserta yang hadir di masjid berkenaan pada malam sebelumnya, kemudian peserta menunaikan sembahyang sunat berjemaah sebelum menikmati jamuan sahur dan menunaikan sembahyang Fardu Subuh berjemaah.

    Seterusnya sesi tadarus beramai-ramai telah diadakan bersama ahli-ahli takmir masjid sebelum disusuli dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Ahmad Muzhafar bin Haji Marsidi, yang juga disiarkan secara langsung bagi peserta yang tidak dapat hadir.

    Antara yang hadir menyertai program di Masjid Hassanal Bolkiah, baru-baru ini. – Gambar serahan UTB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...