Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Rashford hadiahkan gol ke-100 untuk United

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 31 OKT – Marcus Rashford mengakui gol ke-100nya untuk Manchester United adalah saat yang indah selepas penyerang England itu memastikan kemenangan 1-0 ke atas West Ham.

    Rashford antara pemain United yang menunjukkan peningkatan musim ini selepas beberapa tahun tidak menonjol.

    Bagaimanapun pemain berusia 24 tahun itu masih belum dijamin tempat dalam skuad kendalian Gareth Southgate ke Piala Dunia Qatar.

    Tandukan padunya itu mungkin akan mengubah fikiran Southgate yang turut hadir menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford itu.

    “Ia terasa begitu indah. Sudah lama saya memikirkan saat ini. Saya menanti ketibaannya dan akhirnya ia berlaku hari ini.

    “Saya rasa saya perlu menjaringkan lebih banyak gol seperti itu dan terus berada dalam kawasan itu. Menjaringkan gol adalah penting, tidak kira sama ada Gareth Southgate menyaksikannya atau tidak,” kara Rashford.

    Selepas membolosi gawang Sheriff di Liga Europa Khamis lalu, Rashford berkata Erik ten

    Hag adalah pengendali yang menyenangkan.

    “Tenaga di kelab dan padang latihan sangat berbeza. Keadaan itu menjadikan saya lebih bersemangat sekarang. Tahun lalu saya bergelut dengan keadaan di luar padang dan fikiran saya tidak menentu,” katanya. – AFP

    Aksi Marcus Rashford (kiri), ketika menjaringkan gol semasa dalam perlawanan antara Manchester United dan West Ham United di stadium Old Trafford, Manchester, England. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...