Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Ratusan bantah pembunuhan wanita di Ecuador

    QUITO, 2 OKT – Beratus-ratus wanita berarak pada Sabtu menentang pembunuhan wanita di Ecuador, yang menurut NGO keganasan jantina telah meragut lebih 200 mangsa sejak awal tahun ini.

    Negara digemparkan dengan pembunuhan peguam Maria Belen Bernal, 34, bulan lalu, yang hilang selepas memasuki kemudahan latihan polis di ibu negara Quito di mana dia pergi melawat suaminya.

    Insiden itu mencetuskan bantahan di seluruh negara dan polis telah menamakan suaminya, yang dalam pelarian, sebagai suspek utama.

    Pada Sabtu, penunjuk perasaan memegang sepanduk yang berbunyi ‘Lihat saya dengan teliti kerana saya boleh menjadi mangsa seterusnya’ dan melaungkan ‘Kami mahu hidup’.

    Protes berlaku di jalan-jalan di ibu kota Quito serta bandar lain di Ecuador berikutan gesaan daripada pertubuhan sosial meminta semua ‘bersatu padu menentang negara yang membunuh wanita’.

    Sekumpulan wanita membantah di hadapan ibu pejabat polis selepas mengetahui mayat María Belen Bernal dibunuh di sekolah pegawai polis di utara Quito pada 1 Oktober 2022. – AFP

    Slogan tersebut juga disembur di hadapan ibu pejabat polis di Quito, di mana penunjuk perasaan berkumpul untuk membaling bangunan itu den gan telur dan menyimbah cat merah dan kuning di seluruh muka bangunannya.

    Mayat Bernal ditemui empat hari selepas dia hilang di atas bukit kira-kira lima kilometer dari sekolah latihan polis Quito.

    Papan tanda bertulis “Polis Pembunuh” diletakkan di kaki pegawai yang berpakaian rusuhan dan perisai mereka ditutup dengan cat.

    Presiden Guillermo Lasso sejak itu telah mengarahkan pemecatan dua jeneral dan Menteri Dalam Negeri Patricio Carrillo.

    Terdapat 206 pembunuhan wanita di Ecuador sejak awal tahun ini, menurut sebuah NGO yang memantau keganasan jantina.

    Menurut statistik rasmi, 65 daripada 100 wanita antara 15 dan 49 tahun telah mengalami beberapa bentuk keganasan di Ecuador. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...