Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    RB lantik ketua pegawai eksekutif baharu

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Kapten Sabirin bin Haji Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbangan Diraja (RB) yang baharu bermula pada 1 November lalu.

    Pengumuman itu dibuat olehSyarikat Penerbangan Diraja (RB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, di mana sebelum pelantikan itu, Kapten Sabirin telah memegang jawatan sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif RB sejak 11 Oktober 2021.

    Beliau telah menyertai RB pada 1988 di bawah program juruterbang kadet RB dan beliau telah dipinjamkan kepada penerbangan AirUK di London Stansted, dengan menerbangkan Fokker Friendship F27 sebagai pegawai pertama pada 1989. Beliau kembali ke Negara Brunei Darussalam pada 1992 sebagai pegawai pertama bagi kapal terbang B757/B767 RB.

    Pada 2001, Kapten Sabirin menerima command beliau dan menyertai Bahagian Kualiti Operasi Penerbangan sebagai Pegawai Jaminan Kualiti.

    Pada 2007, beliau telah dinaikkan pangkat kepada Naib Presiden Operasi Sekuriti, Keselamatan dan Kualiti dan kepada Ketua Kualiti, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar pada 2012.

    Sebelum menjadi Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif RB, beliau telah dilantik sebagai ketua pegawai operasi pada Januari 2021, bertanggungjawab bagi Bahagian Operasi RB.

    Dengan lebih 30 tahun pengalaman penerbangan, beliau kini bertanggungjawab untuk memastikan RB terus beroperasi dengan selamat, boleh dipercayai dan mampan.

    Kapten Sabirin yang baru dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif RB. – Gambar serahan RB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...