Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Penat lelah Dayang dipandang sinis

    Apabila Dayang Nurfaizah muncul dengan album Belagu, dua tahun lalu, produk dihasilkan bukan sekadar album biasa yang diterbitkan untuk meneruskan kelangsungan kerjaya seninya.

    Sebaliknya, jauh lebih penting, Belagu yang dibikin melalui peruntukan Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik, menjadi karya yang sarat mengisi aspirasi dan kecintaan Dayang terhadap khazanah seni Melayu.

    Rasa cinta penyanyi tersohor ini terhadap lagu klasik Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja. Usaha Dayang diteruskan menerusi pembikinan album Belagu 2 yang ketika ini sudah memasuki fasa pasca produksi.

    Bagaimanapun, penat lelah dan inisiatif Dayang atau nama penuh, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 41, dipandang sinis.

    Ada segelintir pihak menganggap projek itu membazir, malah album dihasilkan didakwa tidak menyerlah seperti diharapkan, sedangkan kerajaan sudah berbelanja besar membiayai pembikinan.

    Terkejut dengan dakwaan yang disifatkan tidak berasas, Dayang menganggap tidak adil untuk mempertikai rezeki diberi. – Agensi

    Terkejut dengan dakwaan yang disifatkan tidak berasas itu, Dayang menganggap tidak adil untuk mempertikai rezeki diberi. Dayang berusaha keras dan sangat komited ketika melaksanakan projek album Belagu.

    “Untuk mendapatkan dana itu, tidak semudah disangka. Dayang kena persembahkan kertas kerja projek album itu kepada panel untuk dinilai.

    “Dayang perlu meyakinkan mereka projek itu berbaloi untuk dihasilkan.

    “Kalau hendak kata album ini tidak mendapat sambutan, Belagu pernah menduduki carta nombor satu di iTunes untuk beberapa bulan.

    “Malah, album ini juga memenangi anugerah Rakaman Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23, manakala lagu Tudung Periuk dipilih sebagai pemenang kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Rakaman Lagu Terbaik.

    “Rasanya tidak perlu persoalkan rezeki serta inisiatif yang Dayang lakukan ini kerana Dayang bekerja keras menghasilkannya,” katanya kepada media.

    Selain Dayang, turut terpilih menerima dana bernilai RM5.54 juta bagi 54 projek industri muzik yang julung kali diperkenalkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) adalah komposer Azmeer, kumpulan Estranged dan kumpulan nasyid Inteam. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...