Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    RB Leipzig kubur harapan Atalanta mara separuh akhir

    PARIS, 15 APRIL – Christopher Nkunku menjaringkan kedua-dua gol ketika RB Leipzig menewaskan Atalanta 2-0 di Itali kelmarin, untuk melayakkan diri ke separuh akhir Liga Europa, memenangi perlawanan kelompok lapan terakhir mereka dengan agregat 3-1.

    Pasukan Jerman tersebut bangkit daripada ketinggalan untuk mendapatkan kedudukan seri 1-1 di tempat sendiri pada perlawanan pertama minggu lalu dan mereka mendahului pada minit ke-18 di Bergamo ketika Konrad Laimer memintas bola dari sebelah kanan untuk Nkunku menjaringkan gol.

    Atalanta minta diberikan sepakan penalti pada awal separuh masa kedua apabila sepakan percuma Ruslan Malinovskyi terkena tangan pemain lawan dalam kotak penalti.

    Bagaimanapun, pengadil Sepanyol, Mateu Lahoz mengekalkan keputusannya untuk tidak memberikan sepakan penalti selepas menyemak semula imej pada monitor tepi padang.

    Gol penyamaan Atalanta akan memaksa untuk masa tambahan tetapi Leipzig mengunci kemenangan tersebut dengan baki tiga minit apabila Nkunku menyempurnakan sepakan penalti untuk memenangi perlawanan. – AFP

    Reaksi Christopher Nkunku bersama rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol penalti semasa perlawanan kedua suku akhir Liga Europa. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...