Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    RB perkenalkan produk RNGR

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah memperkenalkan projek guna semula sebagai sebahagian daripada ulang tahun penerbangannya yang ke-47 dengan membawa tema, ‘RNGR: Re-engineering Parts for a Sustainable To-morrow’, di bawah program Usahawan Muda RB yang telah dihasilkan oleh Jabatan Kejuruteraan RB, hari ini.

    Oleh itu, bagi meneruskan usahanya untuk masa depan yang lebih mampan dan sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-47 penerbangannya, RB dengan bangganya memperkenalkan RNGR, siri unik produk berjenama RB edisi terhad, digunakan semula daripada fabrik pesawat berkualiti premium yang telah dihentikan secara berperingkat yang kedua-duanya tahan api atau kalis api dan padam sendiri.

    Produk pengenalan RNGR ialah beg beli-belah tote yang bergaya daripada fabrik tempat duduk Dreamliner 787 RB. Dengan membeli beg-beg tersebut, tetamu akan membawa sekeping sejarah RB dan menyokong inisiatif tiada plastik setiap hari negara. Produk berkenaan akan dibungkus di dalam kotak boleh guna semula dan beg tali untuk menghasilkan pembaziran sifar.

    Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif RB, Kapten Sabirin bin Haji Abdul Hamid dalam kenyataan tersebut berkata, “Memandangkan sempadan antarabangsa dibuka semula dan syarikat penerbangan bersedia untuk terbang seperti biasa, kami membayangkan bahawa jalan ke hadapan adalah ke arah RB yang mampan.

    “Sebagai syarikat penerbangan kebangsaan Brunei, di mana 70 peratus daripadanya masih diliputi dalam hutan hujan asli, faktor persekitaran telah memainkan peranan penting dalam kemajuan teknologi RB. Kami amat berbangga dengan pasukan di belakang RNGR untuk inisiatif cemerlang ini,” tambahnya.

    Menurut Kapten Sabirin, bukan sahaja kesederhanaan reka bentuk beg pertama menjadikannya serba boleh bagi banyak majlis, tetapi kualiti pelindung api bahan beg itu juga memastikan pemilik mempunyai barangan berkualiti premium yang tahan lama.

    “Melancarkan produk ini sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-47 RB menandakan era baharu bagi syarikat penerbangan ini. Bersama awda, kami akan melakukan apa sahaja perkara kecil yang kami mampu untuk menyokong hari esok yang lebih hijau dan mampan,” tambahnya.

    Barangan RNGR RB akan tersedia untuk pesanan mulai akhir Mei ini melalui saluran media sosial RB.

    Sementara itu, perjalanan udara menghasilkan kira-kira 3 peratus daripada pelepasan karbon global dan mewakili salah satu sumber gas rumah hijau yang paling pesat berkembang. Oleh itu, sebagai sebuah syarikat penerbangan kebangsaan Brunei Darussalam, yang dikelilingi oleh hutan hujan di Kepulauan Borneo yang subur, RB berjanji untuk mengambil langkah bagi mengimbangi jejak karbonnya dan melindungi ekosistem negara. Sementara itu, sejak 10 tahun yang lalu, syarikat penerbangan tersebut telah melabur dalam projek-projek kritikal untuk melakar perjalanan ke arah negara yang lebih hijau.

    Produk RNGR beg beli-belah tote yang diperbuat daripada fabrik tempat duduk Dreamliner 787 RB.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...