Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Real Madrid isi slot ke pusingan kalah mati UCL

    WARSAW, 12 OKT – Real Madrid akhirnya berjaya mengisi tempat terakhir di Liga Juara-Juara apabila seri 1-1, menentang Shahktar Donetsk di Warsaw kelmarin.

    Antonio Rudiger menanduk masuk gol pada minit-minit terakhir perlawanan bagi menyamakan kedudukan sekali gus membawa pasukannya ke pusingan kalah mati.

    Pasukan dari Ukraine, yang terpaksa bermain di Poland kerana situasi perang Rusia-Ukraine, mempamerkan aksi yang menakjubkan dan mendahului perlawanan melalui Oleksandr Zubkov di awal separuh masa kedua.

    Ia kelihatan seperti Madrid akan mengalami kekalahan pertama pada musim ini di sepanjang semua perlawanan, namun tandukan Rudiger melalui hantaran Toni Kroos pada minit kelima dalam masa tambahan berjaya menyelamatkan keadaan.

    Rudiger bertembung dengan penjaga gol Anatoliy Trubin semasa proses jaringan.

    Rudiger meninggalkan padang dengan darah yang berlumuran, manakala penjaga gol Shakhtar terpaksa bermain dengan kepala yang berbalut.

    “Dia mengalami luka yang agak panjang di dahinya, ada banyak darah tapi dia nampak okey,” kata jurulatih Carlo Ancelotti kepada Movistar. “Dia mahu terus bermain di padang, tapi kami sedar beliau masih cedera. Saya tak rasa ia terlalu serius.

    “Kita tak bermain dengan baik, tapi pasukan kami tak menyerah kalah. Kami berjaya masuk dalam kelompok 16 terakhir, pada malam yang nampak suram. Ia satu perkara yang bagus. (Tapi) sebagai satu pasukan, ia bukanlah satu malam yang ideal.”

    Madrid kini mendahului Kumpulan F dengan 10 mata, disusuli RB Leipzig dengan enam mata, selepas mereka mengalahkan Celtic 2-0 di Scotland, sementara Shakhtar di tempat ketiga dengan lima mata.

    Ancelotti merehatkan Vinicius Junior, antara lain, sambil mempersiapkan pasukannya untuk aksi Clasico pada Ahad nanti menentang seterunya Barcelona di Santiago Bernabeu. – AFP

    Aksi Antonio Rudiger (kanan) ketika perlawanan antara Real Madrid dan Shakhtar Donetsk di Warsaw, Poland, malam tadi. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...