Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Rebut fadilat baca surah Al-Kahfi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Dalam usaha mengimarahkan masjid di samping merebut fadilat dan pahala melakukannya, ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, baru-baru ini telah mengadakan program membaca surah Al-Kahfi beramai-ramai selepas sembahyang fardu Subuh berjemaah di masjid berkenaan.

    Program itu bertujuan menggalakkan para jemaah terutama penduduk kampung dan orang ramai meningkatkan ibadah dalam membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Amir Hisham bin Haji Masri; Pemangku Ketua Kampung Sungai Besar, Sungai Matan dan Sungai Bunga, Haji Zaini bin Haji Damit dan Penasihat AJK Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Mohiddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Kahfi yang dipimpin oleh Awang Rahim bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Tamin sementara Doa Kahfi dan Doa Selamat telah dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Sungai Besar, Awang Muhammad Hazman bin Haji Mohd Hairol Azme.

    Selain memperoleh pahala yang besar, membaca surah Al-Kahfi juga menyediakan fadilat bagi membantu menghindarkan diri daripada fitnah dajal dan meraih keampunan dosa.

    Awang Muhammad Hazman semasa membacakan Doa Kahfi dan Doa Selamat pada pada majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Sungai Besar, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...