Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Resepsi rai pengasasan Republik Rakyat China

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam telah meraikan ulang tahun pengasasan Republik Rakyat China ke-73 dengan majlis resepsi yang berlangsung di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, hari ini.

    Hadir bagi mewakili kerajaan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Majlis resepsi telah dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua buah negara yang diikuti dengan ucapan alu-aluan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong. 

    Puan Yang Terutama antara lain menyentuh mengenai tindak balas yang dilakukan oleh kedua-dua buah negara secara bersama dalam usaha mengatasi cabaran yang dihadapi di mana China dan Brunei sentiasa menghormati antara satu sama lain dan mengukuhkan kerjasama, dengan hubungan dua hala mengekalkan momentum pembangunan yang mantap. 

    Kedua-dua pihak, jelas Puan Yang Terutama, menghargai keamanan dan kestabilan serantau yang diperoleh dengan susah payah, menghormati kedaulatan negara dan integriti wilayah, serta mematuhi prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan isteri bersama PYT Yu Hong serta suami bersama-sama memotong kek ulang tahun pengasasan Republik Rakyat China ke-73.

    Di samping itu, ujar beliau, kedua-dua buah negara telah menikmati kerjasama dalam
    pelbagai bidang dan bekerjasama rapat dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau.

    Majlis berkenaan turut menyaksikan pelancaran album peringatan 30 Years of Friend-
    ship yang dikumpulkan oleh pihak kedutaan sebagai tanda penghargaan kepada me-reka yang telah menyumbang kepada hubungan China-Brunei. 

    Pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin dan isteri, Pengiran Datin Hajah Norzana binti Pengiran Haji Rosli bersama PYT Yu Hong dan suami, Yu Jie.

    Majlis diikuti dengan upa-cara memotong kek ulang tahun pengasasan Republik Rak-yat China ke-73 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan isteri bersama PYT Yu Hong berserta suami.

    Selain itu, majlis turut diserikan dengan beberapa persembahan kebudayaan China termasuk seni bela diri wusyu yang memukau.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...