Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Richarlison semakin hampir sarung jersi Tottenham

    LONDON, 1 JULAI – Tottenham bersedia untuk meningkatkan lagi kualiti di bahagian serangan dengan menandatangani Richarlison dari Everton dalam perjanjian yang boleh meningkat kepada £60 juta, menurut laporan media Britain kelmarin.

    The Athletic menyatakan bahawa bayaran pendahuluan sebanyak £50 juta telah pun dipersetujui dengan tambahan £10 juta bagi pemain antarabangsa Brazil itu.

    Richarlison sebelum ini menyertai Everton dengan harga £50 juta dari Watford pada 2018.

    Pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan 53 gol dalam 152 penampilan untuk The Toffees dan menjaringkan enam gol dalam sembilan perlawanan terakhirnya musim lalu bagi mengekalkan kelab Merseyside itu dalam Liga Perdana.

    Menurut BBC dan Sky Sports, Everton perlu melengkapkan penjualan pemain tersebut bagi membantu mengimbangi rekod tahun kewangan yang berakhir kelmarin.

    Everton telah mencatatkan kerugian sebanyak £372 juta dalam tempoh tiga tahun lepas.

    Sementara itu, Leeds dan Burnley turut dilaporkan telah menulis surat kepada Liga Perdana bagi mempersoalkan bagaimana Everton telah mematuhi Financial Fair Play.

    Peraturan Liga Perdana menyatakan bahawa kelab boleh kehilangan £105 juta dalam tempoh tiga tahun, tetapi peraturan itu dilonggarkan disebabkan pandemik COVID.

    Perpindahan ke Spurs akan memenuhi hasrat Richarlison untuk bermain di Liga Juara-Juara, tetapi dia bakal berdepan saingan sengit untuk menjadi pilihan utama dengan Harry Kane dan Son Heung-min menduduki posisi yang paling kerap dimainkannya untuk Everton. – AFP

    Aksi Richarlison (kiri) membuat hantaran bola semasa perlawanan persahabatan antara Brazil dan Korea Selatan di Seoul, Korea Selatan pada 2 Jun lalu. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...