Wednesday, May 8, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Rombongan FABD sungkai bersama Kedutaan Brunei

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Riyadh Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Haji Harun bin Haji Junid telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama rombongan Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) yang mengadakan lawatan rasmi Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) di Jeddah dan Riyadh, Arab Saudi dari 19 hingga 28 Mac.

    Menurut kenyataan FABD, di sini, pada majlis berkenaan, Presiden FABD, Haji Feisal Eusoff berkesempatan menerangkan mengenai beberapa sesi lawatan ke beberapa venue dan perjumpaan bersama pegawai-pegawai kanan SAFF yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.

    TYT Haji Harun dan Haji Feisal juga bertukar pandangan semasa pembangunan bola sepak di Negara Brunei Darussalam.

    TYT Haji Harun bergambar ramai bersama rombongan FABD di Riyadh, Arab Saudi. – GAMBAR SERAHAN FABD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...