Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Ronaldo ledak dua gol menentang PSG

    RIYADH, 20 JAN – Cristiano Ronaldo pulih setelah terkena tumbukan di muka dan menjaringkan dua gol menentang Paris Saint-Germain (PSG) kelmarin dalam pertemuan semula yang meriah dengan pesaing hebatnya Lionel Messi.

    Ronaldo, 37, dikasari oleh penjaga gol PSG, Keylor Navas dan berjaya menjaringkan sepakan penalti hasil daripada kekasaran tersebut. Dia juga menambah satu lagi gol dalam perlawanan persahabatan yang berkesudahan dengan kekalahan 5-4.

    Ia merupakan penampilan pertamanya sejak berpindah ke Arab Saudi dalam perjanjian yang dikatakan berjumlah lebih 400 juta euro.

    Bagi PSG, yang dimiliki oleh pemilik dari Qatar, gol dijaringkan oleh Messi dan Kylian Mbappe namun Neymar terlepas sepakan penalti sebelum mereka digantikan pada sejam masa perlawanan bersama Ronaldo, yang mewakili pasukan gabungan Arab Saudi, meninggalkan empat pemain dengan gaji terbaik dunia menonton dari bangku simpanan di Riyadh.

    Pemain-pemain bintang bola sepak yang bernilai ratusan juta disaksikan bermain dalam perlawanan persahabatan di ibu kota Arab Saudi, hanya beberapa minggu selepas negara jiran Qatar berbelanja mewah pada Piala Dunia pertama di bumi Arab, yang dimenangi oleh Argentina.

    Antara yang bersesak ke Stadium King Fahd yang mempunyai 69,000 tempat duduk ialah seorang hartanah terkenal Arab Saudi yang membayar AS$2.6 juta pada acara lelongan untuk tiket yang memberinya akses ke bilik persalinan pemain.

    Selepas Ronaldo mengetuai Pasukan Riyadh, yang diundi dari kelab baharunya Al Nassr dan pesaingnya, Al Hilal, Messi membuka jaringan selepas hanya tiga minit apabila dia menerima hantaran daripada Mbappe. – AFP

    Reaksi Cristiano Ronaldo selepas menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak persahabatan di Riyadh, Arab Saudi. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...