Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Majlis makan malam perpisahan rai Duta Indonesia

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko yang akan menamatkan perkhidmatannya, dan isteri telah diraikan pada majlis makan malam perpisahan di Saffron Café, Kiulap, baru-baru ini.

    Majlis berkenaan diadakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona.

    Dalam ucapannya, PYT Nahida Rahman Shumona mengongsikan bahawa TYT Dr Sujatmiko menerima beliau dengan mesra semasa mula-mula tiba di negara ini dan membantu beliau mempelajari isu berkaitan dengan buruh memandangkan Republik Rakyat Bangladesh dan Republik Rakyat Indonesia mempunyai sejumlah besar pekerja tidak mahir yang menghadapi masalah sama.

    Puan Yang Terutama juga menyentuh tentang persahabatan diplomat yang ditempatkan di Brunei dan menyatakan ia adalah kerjasama dan bukan persaingan antara Suruhanjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh dan Kedutaan Republik Indonesia.

    “Anak-anak kita juga menjadi kawan. Kami mempunyai ikatan yang indah dalam kalangan diplomat di sini yang mungkin kesan daripada Abode of Peace Negara Brunei Darussalam,” ujarnya.

    Turut hadir ialah ketua-ketua perwakilan negara luar ke Brunei Darussalam, Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bersama Datin Hajah Faridah Hanim dan Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong.

    Gambar ramai pada majlis perpisahan bagi TYT Dr Sujatmiko yang akan menamatkan perkhidmatannya.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...