Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Royal Bees duduki tempat keenam ANC

    Oleh Fadhil Yunus

    SINGAPURA, 11 SEPT – Pasukan bola jaring Negara Brunei Darussalam menduduki tempat keenam dalam Kejohanan Bola Jaring Asia (ANC) 2022 selepas menamatkan kempen mereka dengan kemenangan 51-42 ke atas Maldives di Arena OCBC, Hab Sukan Singapura di Singapura hari ini.

    Ini merupakan kemenangan ketiga pasukan dalam kejohanan itu berikutan kemenangan ke atas Chinese Taipei dan pertemuan pertama mereka dengan Maldives pada pusingan kedua.

    Kapten pasukan, Siti Marhayati binti Ahmad berkata, “Sudah dua tahun sejak kali terakhir kami mengikuti perlawanan antarabangsa. Jadi, ia adalah pengalaman yang sangat baik buat kami untuk berada di dalam kejohanan ini.”

    Dia menambah, “Kami mempunyai pemain baharu dalam pasukan. Saya berbangga dengan mereka, yang mengibarkan bendera untuk negara dan bermain habis-habisan serta memberikan yang terbaik.”

    Pasukan Brunei, juga dikenali sebagai Royal Bees, beraksi cemerlang pada peringkat awal perlawanan selepas menamatkan suku pertama dengan kelebihan mata 16-7.

    Namun Maldives memberikan saingan yang hebat apabila mereka merapatkan jurang dengan lima mata pada penghujung suku kedua.

    Royal Bees melebarkan jurang 10 mata pada suku ketiga sebelum memenangi perlawanan dengan selesa.

    Aksi pemain Royal Bees (kanan) ketika cuba membuat jaringan dalam perlawanan menentang Maldives di Kejohanan Bola Jaring Asia di Arena OCBC, kelmarin. – Gambar serahan Bola Jaring Singapura
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...