Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Rumah Putih, firma teknologi bincang ancaman AI

    WASHINGTON, 5 MEI – Rumah Putih memanggil ketua-ketua pegawai eksekutif syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) agar pihak terbabit menyusun strategi mengenai bahaya kecerdasan buatan (AI).

    Syarikat terbabit dikhuatiri membuta tuli menjalankan teknologi yang boleh mendatangkan kemudaratan serius kepada masyarakat.

    Naib Presiden AS, Kamala Harris dan pegawai pentadbiran lain akan membincangkan penyelesaian bagi memastikan pengguna memperoleh manfaat daripada teknologi AI dan dalam masa yang sama melindungi mereka daripada risiko.

    Presiden AS, Joe Biden menggesa Kongres meluluskan undang-undang yang lebih ketat ke atas sektor teknologi, bagaimanapun usaha terbabit mempunyai peluang tipis untuk dilaksanakan berikutan perpecahan politik.

    Kekurangan peraturan memberikan kebebasan kepada Lembah Silikon untuk mengeluarkan produk baharu dengan pantas dan mencetuskan kebimbangan terhadap teknologi AI yang bakal mendatangkan malapetaka kepada masyarakat sebelum kerajaan dapat mendahuluinya.

    Sehubungan itu, pentadbiran Rumah Putih mengadakan pertemuan dengan ketua eksekutif daripada Google, Microsoft, OpenAI dan Anthropic untuk membincangkan kebaikan dan risiko AI.

    Rumah Putih menggunakan mesyuarat Khamis untuk mengumumkan tindakan baharu untuk mempromosikan inovasi Amerika yang bertanggungjawab dalam AI.

    Ia termasuk mengarahkan AS$140 juta untuk mengembangkan penyelidikan AI dan menyediakan sistem penilaian yang akan bekerjasama dengan teknologi besar dalam usaha ‘menyelesaikan isu’ dalam model AI yang bermasalah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...