Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Runtuhan salji Kashmir korbankan dua warga Poland, 21 selamat

    SRINAGAR, INDIA, 1 FEB – Dua pemain ski Poland maut dalam runtuhan salji di pusat peranginan ski Himalaya di Kashmir yang dikawal India hari ini manakala 21 orang telah diselamatkan, kata polis tempatan.

    Seramai 21 warga asing dan dua pemandu pelancong Kashmir terperangkap dalam runtuhan salji besar dan tertimbus di bawah salji ketika mereka bermain ski di pergunungan tinggi berhampiran bandar pelancongan Gulmarg, menurut satu kenyataan pihak polis setempat.

    Banjaran gunung Pirpanjal di Himalaya barat adalah destinasi ski yang popular bagi para pelancong dan warga india.

    Pada 2010, sekurang-kurangnya 17 askar India terbunuh selepas runtuhan salji melanda Sekolah High Altitude Warfare tentera India di Gulmarg semasa sesi latihan.

    Longsor dan tanah runtuh adalah perkara biasa di Kashmir dan telah menyebabkan angka kematian yang besar bagi tentera India dan Pakistan yang berkhemah berhampiran barisan kawalan ketenteraan pergunungan dan hutan yang membahagikan Kashmir dengan musuh bersenjata nuklear.

    Pada 2017, sekurang-kurangnya 20 askar India terbunuh dalam tiga runtuhan salji, dan pada 2012 runtuhan salji besar di Kashmir yang dikawal Pakistan membunuh 140 orang, termasuk 129 askar Pakistan. – AP

    Runtuhan salji di pusat peranginan ski Himalaya, Kashmir, mengorbankan dua pemain ski Poland dan menimbus 21 yang lain di bawah timbunan salji. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...