Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    SAFA, MSN meterai MoU, bangun bola sepak di Sabah

    KOTA KINABALU, 10 FEB – Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi pembangunan dan memajukan sukan bola sepak di negeri itu.

    Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata melalui MoU berkenaan SAFA dan MSN akan bekerjasama melaksanakan beberapa program mencungkil bakat baharu sukan bola sepak negeri.

    “Sebelum ini program ini dilaksanakan oleh SAFA sendiri. Sekiranya ada kerjasama daripada MSN kita akan ada bantuan dari segi dana, termasuk tenaga mahir dalam usaha membangunkan bola sepak di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU berkenaan hari ini.

    Dalam majlis itu, SAFA diwakili Bung Moktar dan MSN oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Sukannya Mohd Safrushahar Yusoff.

    Mengulas lanjut, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata mengikut perancangan yang ditetapkan, pembangunan sukan bola sepak di Sabah akan bermula daripada peringkat daerah di seluruh negeri.

    “Kita akan mencari pemain bermula daripada peringkat remaja untuk digilap dan sudah tentu MSN mempunyai kepakaran mencari bakat baharu yang benar-benar berkualiti,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...