Thursday, May 9, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Saham Asia tidak menentu selepas China umum dasar pertumbuhan

    BEIJING, 6 SEPT – Pasaran saham Asia tidak menentu hari ini selepas China berjanji untuk mempercepatkan pelancaran perubahan dasar dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang merosot dan bank pusat Australia menaikkan kadar faedahnya.

    Timbalan pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Yang Yinkai, berkata agensi itu akan “mempercepatkan pinjaman dan dasar lain untuk menebus kerugian yang disebabkan oleh wabak pada suku kedua,” menurut laporan berita.

    Kerajaan telah mengurangkan kadar faedah, memberi pengusaha pengurangan bayaran sewa dan menjanjikan bantuan lain untuk memulihkan ekonomi selepas Shanghai dan pusat perindustrian lain ditutup buat sementara waktu untuk memerangi wabak virus.

    Tetapi ia mengelak perbelanjaan besar kerana bimbang akan mencetuskan semula kenaikan kos perumahan dan hutang yang dikhuatiri para pemimpin China akan meningkat lagi.

    Pasaran saham Shanghai, Tokyo dan Seoul menunjukkan pertumbuhan, sementara Hong Kong menyusut.

    Agensi perancangan Kabinet China berjanji kelmarin untuk mempercepatkan pinjaman yang lebih mudah dan dasar lain, tetapi mengumumkan tiada perbelanjaan baharu.

    Pertumbuhan ekonomi merosot kepada 2.5 peratus berbanding setahun sebelumnya pada separuh tahun pertama iaitu kurang separuh daripada sasaran tahunan rasmi.

    Pengumuman itu mungkin “memberikan peningkatan jangka pendek terhadap sentimen, tetapi pelabur pada akhirnya mahu melihat pemulihan yang lebih kukuh,” kata Yeap Jun Rong dari IG dalam satu laporan.

    Indeks Komposit Shanghai mencatat pertumbuhan 1.1 peratus kepada 3,235.57 manakala Nikkei 225 di Tokyo catat penambahan 0.1 peratus kepada 27,643.06. Hang Seng di Hong Kong pula susut 0.2 peratus kepada 19,177.70.

    S&P-ASX 200 Sydney rugi 0.3 peratus kepada 6,833.80 selepas bank pusat Australia menaikkan kadar pinjaman asas sebanyak 0.5 mata peratusan kepada 2.35 peratus iaitu paras tertinggi sejak tahun 2015 serta merancang untuk menaikkan lebih banyak kadar. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Albanese tolak hujah China dakwa Australia bersalah

    MELBOURNE, 8 MEI - Perdana Menteri Australia Anthony Albanese hari ini menolak hujah China bahawa Australia bertanggungjawab atas pertemuan berbahaya pada hujung minggu antara...