Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Sarawak berusaha capai masa depan lebih gemilang

    SIBU, 21 JULAI – Sambutan Hari kemerdekaan Sarawak pada setiap 22 Julai seharusnya disanjungi kerana tarikh keramat ini pada 1963, menandakan berakhirnya 122 tahun pemerintahan asing dan bermulanya pemerintahan sendiri.

    Dan menariknya tahun ini, Sibu diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi sambutan Hari Sarawak ke-59.

    Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christopher Gira Sambang, beliau berasa begitu teruja sebagaimana kebanyakan penduduk tempatan di sini.

    “Kita harus meraikan sambutan itu bersama-sama supaya generasi akan datang dapat terus meraikan hari istimewa ini,” katanya.

    Kata-kata beliau itu sememangnya benar memandangkan Sarawak telah mengalami pelbagai perubahan dan pembangunan terutamanya selepas berakhirnya pemberontakan komunis berikutan penyerahan kalah Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) yang diketuai Ang Cho Teng serta menandatangani perjanjian damai pada 17 Oktober 1990.

    Christopher berkata kerajaan pemerintah kini, Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Primier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyasar untuk membangunkan Sarawak sebagai sebuah negeri maju dengan purata pendapatan isi rumah meningkat kepada RM16,000 sebulan menjelang 2030. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...