Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Majlis khatam rai empat pelajar

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Tiga orang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan Darjah 6 Sekolah Ugama Katimahar, Kawasan Brunei IV telah diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran setelah berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran 30 juzuk.

    Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Awang Rosley bin Haji Osmera dan seterusnya bacaan ayat-ayat lazim bermula Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Naas dan diselajurkan dengan bacaan takhtim dan dikir oleh 31 pelajar Darjah Pra hingga Darjah 5.

    Antara tujuan majlis diadakan adalah untuk memupuk semangat  supaya sentiasa mencintai dan menghayati Al-Quran serta ajaran agama Islam di samping melatih masyarakat dan pelajar-pelajar agar lebih berusaha bagi mendapatkan keredaan dari Allah SWT dan dipermudahkan dalam melakukan segala pekerjaan.

    Selain itu, majlis juga merupakan acara tahunan yang diadakan khas bagi pelajar-pelajar Darjah 6, untuk memberikan galakan kepada para pelajar agar lebih berusaha bagi mendapatkan kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

    Keempat-empat pelajar yang telah mengkhatamkan bacaan Al-Quran 30 juzuk telah diraikan pada majlis yang diadakan baru-baru ini. – Gambar serahan Sekolah Ugama Katimahar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...