Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Satelit pengintip AS dilancar ke orbit

    CALIFORNIA, 25 SEPT – Satelit sulit untuk Pejabat Pengintipan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) dilancarkan ke orbit menggunakan roket United Launch Alliance Delta 4 Heavy, kelmarin.

    Satelit pengintip NROL-91 berlepas pada jam 3:25 petang dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di Daerah Santa Barbara, California.

    Ia merupakan pelancaran terakhir Delta 4 dari West Coast. Pelancaran tambahan dirancang dari Florida sebelum roket-roket Delta digantikan oleh roket Vulcan Centaur generasi ULA.

    Konfigurasi Delta IV Heavy pertama kali dilancarkan pada Disember 2004. Ia adalah penerbangan ke-387 roket Delta sejak 1960 dan pelancaran ke-95 dan terakhir dari Vandenberg.

    Pejabat Pengintipan Kebangsaan merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab membangunkan, membina, melancarkan dan menyelenggarakan satelit pengintip AS yang menyediakan data risikan kepada penggubal dasar, komuniti perisikan dan Jabatan Pertahanan. – AP

    Satelit sulit bagi Pejabat Pengintipan Kebangsaan AS dilancarkan ke orbit pada 24 September. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...