Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Sayonara Jepun

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Jepun terlepas peluang untuk mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia apabila dikalahkan oleh Croatia 3-1 dalam sepakan penalti, kelmarin.

    Jepun dan Croatia pada mulanya terikat 1-1 semasa pengadil meniupkan wisel akhir perlawanan.

    Negara matahari terbit itu mendahului Croatia pada minit ke-43 melalui tendangan Daizen Maeda semasa pergelutan dalam petak penalti hasil daripada hantaran lintang menerusi sepakan sudut di sebelah kiri gawang Croatia.

    Namun, 10 minit setelah bermulanya babak kedua, Ivan Perisic berjaya menerobos kubu pertahanan Jepun melalui tandukan tepat ke sebelah kiri pintu gawang Jepun melalui hantaran D Lovren.

    Kedua-dua pasukan cuba melakukan serangan balas antara satu sama lain namun gagal berkesudahan dengan keputusan baik sehinggalah perlawanan terpaksa diheret ke sepakan penalti.

    Dominik Livakovic menjadi hero Croatia apabila berjaya menghalang tiga sepakan penalti pada perlawanan berkenaan yang membawa kepada kemaraan pasukannya ke peringkat suku akhir.

    Ia merupakan penampilan keempat bagi Jepun di pusingan 16 terakhir yang mana kesemuanya gagal mara ke pusingan seterusnya.

    Dengan kemenangan itu, Croatia bakal menentang Brazil pada 9 Disember depan setelah Brazil membenam pasukan dari Asia yang lain iaitu Korea Selatan dengan keputusan yang agak selesa, 4-1.

    Di atas kertas, sudah semestinya pertembungan itu akan menyebelahi Brazil, namun Croatia bukanlah pasukan yang mudah untuk dikalahkan apatah lagi jika perlawanan berjaya diheret ke sepakan penalti kerana Croatia telah memenangi kesemua tiga perlawanan yang lalu dengan sepakan penalti pada kejohanan Piala Dunia sebelum ini.

    Aksi penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic semasa menyelamatkan tendangan penalti oleh pemain Jepun, Kaoru Mitoma dalam perlawanan pusingan 16 di Stadium Al Janoub (Al Wakrah), Qatar, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...