Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lebih 20 peratus alami gangguan di tempat kerja

    GENEVA, 6 DIS – Lebih satu daripada lima orang yang bekerja di seluruh dunia mengalami beberapa bentuk gangguan atau keganasan di tempat kerja, menurut satu tinjauan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

    “Keganasan dan gangguan di tempat kerja adalah fenomena yang meluas di seluruh dunia,” kata Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) PBB berikutan kajian bersama ILO dengan badan amal keselamatan, Lloyd’s Register Foundation dan tinjauan pendapat Gallup.

    Tinjauan itu adalah percubaan pertama untuk menghasilkan gambaran keseluruhan global mengenai magnitud dan kekerapan masalah serta kekangan yang menghalang orang ramai daripada bercakap mengenainya.

    Ia mendapati bahawa 22.8 peratus atau 743 juta orang dalam pekerjaan mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk keganasan dan gangguan di tempat kerja semasa mereka bekerja, menurut data yang dikumpul tahun lalu.

    Hampir satu pertiga daripada mangsa berkata, mereka mengalami lebih daripada satu bentuk keganasan dan gangguan dan 6.3 peratus pernah mengalaminya dalam ketiga-tiga bentuk iaitu fizikal, psikologi dan seksual semasa bekerja.

    Tinjauan mendapati bahawa kurang daripada 55 peratus orang yang mengalaminya dalam tempoh lima tahun yang lalu tidak mendedahkannya kepada orang lain.

    Terdapat beberapa sekatan yang meng-halang orang daripada tampil ke hadapan antaranya membazir masa dan takut kehilangan reputasi mereka.

    “Dalam banyak keadaan, tidak ada dasar dan sistem pencegahan yang mencukupi dan apabila ia dilaksanakan, ia tidak dipercayai,” kata Penolong Ketua Pengarah ILO bagi tadbir urus, hak, dialog, Manuela Tomei. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...