Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sektor bukan minyak, gas catat peningkatan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Sektor Bukan Minyak dan Gas menyumbang sebanyak 51.2 peratus kepada jumlah nilai tambah kasar (GVA) telah mencatatkan peningkatan sebanyak 2 peratus manakala Sektor Minyak dan Gas menyumbang
    sebanyak 48.8 peratus yang telah menunjukkan penurunan sebanyak 4.8 peratus.

    Dengan penurunan pada sektor tersebut, ekonomi negara telah mencatatkan pertumbuhan negatif pada tahun 2021 iaitu sebanyak 1.6 peratus dan ia disebabkan oleh penurunan dalam pengeluaran minyak mentah, gas asli dan gas cecair asli (LNG).

    Manakala peningkatan bagi Sektor Bukan Minyak dan Gas adalah didorong oleh peningkatan subsektor-subsektor seperti perdagangan borong dan runcit, pembuatan bukan minyak dan gas dan perkhidmatan perniagaan.

    Pada suku keempat 2021, pertumbuhan KDNK Negara Brunei Darussalam telah menurun sebanyak 1.4 peratus dari tahun ke tahun disebabkan oleh penurunan Sektor Minyak dan Gas sebanyak 4.1 peratus. Walau bagaimanapun, Sektor Bukan Minyak dan Gas mencatatkan peningkatan sebanyak 1.4 peratus.

    Jumlah KDNK Negara Brunei Darussalam pada harga semasa pada suku keempat 2021 adalah sebanyak $5.2 bilion berbanding $4.1 bilion pada suku keempat 2020.

    Sementara itu, Sektor Bukan Minyak dan Gas, yang mana termasuk aktiviti hiliran seperti pembuatan produk petroleum dan kimia, telah menyumbang sebanyak 49.6 peratus.

    Namun, sektor bukan minyak dan gas terus menunjukkan perkembangan yang positif walaupun negara menghadapi gelombang kedua COVID.

    Antara subsektor-subsektor yang menunjukkan peningkatan pada suku keempat 2021 ini adalah seperti kewangan, pengangkutan udara, dan pembuatan bukan minyak dan gas.

    Sementara itu, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan juga terus menunjukkan prestasi yang menggalakkan meningkat sebanyak 6.1 peratus.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...