Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Sektor bukan minyak, gas tunjuk pertumbuhan positif

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Dalam usaha untuk meningkatkan kepelbagaian strategi negara dalam sektor bukan minyak dan gas sudah menampakkan hasilnya yang positif.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku Pemangku Menteri Kesihatan, mengongsikan perkara itu semasa menjawab pertanyaan pada Sidang Media Norma Baharu COVID-19 yang berlangsung di Dewan Al-’Afiah Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato menjelaskan, setelah negara memasuki Fasa Endemik dan jika dilihat dari KDNK untuk tahun ini menunjukkan penurunan dalam sektor minyak dan gas, namun sektor bukan minyak dan gas menunjukkan peningkatan.

    Beliau berkata penurunan minyak dan gas itu disebabkan ada beberapa kerja penyelenggaraan semasa COVID tidak dapat dilaksanakan, yang mana ia terpaksa disiapkan pada tahun ini.

    Beliau seterusnya menambah, jika sudah selesai kerja penyelenggaraan ini nanti, diharap akan menampakkan lagi peningkatan KDNK.

    “KDNK pada tahun hadapan dijangka akan meningkat disebabkan oleh loji baja yang akan mula beroperasi secara penuh dalam masa terdekat,” jelasnya.

    Yang Berhormat Dato turut memberi respons kepada keperluan insurans apabila keluar negara ini bukan disebabkan oleh COVID-19, tapi ia adalah untuk perlindungan perubatan jika memerlukan rawatan perubatan semasa berada di luar negara dan sebagainya.

    Manakala mengenai dengan adakah perancangan perlanjutan waktu operasi di pos kawalan menjelang cuti persekolahan dan musim perayaan pada hujung tahun ini, beliau menjelaskan.

    Seperti yang diketahui pos kawalan beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 8 malam.

    Untuk perlanjutan waktu operasi itu, jawatankuasa pandu akan meneliti dan sebarang keputusan akan dibawa berunding dengan negara jiran, dan jika ada sudah keputusan akan diumumkan nanti.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...