Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Selangor MAC pertahan status juara MPFL

    KUALA LUMPUR, 7 MAC – Pasukan futsal Selangor MAC berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) 2022 selepas menewaskan Shah Alam City 1-0 di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic, kelmarin.

    Jaringan tunggal Matheus Vasconcelos Silva pada minit ke-16 sudah cukup bagi skuad kendalian Addy Shairullyzam untuk mengesahkan penguasaan mereka sekali gus meranapkan impian Pahang Rangers yang merupakan naib juara dua kali berturut-turut dalam saingan liga itu.

    Keputusan aksi sirkit kelapan itu meletakkan Selangor MAC terus unggul di kedudukan pertama dalam carta 15 pasukan dengan mengumpul 36 mata selain hanya mempunyai baki satu perlawanan berdepan Pahang Rangers pada 13 Mac depan. Pahang Rangers yang dibimbing Gerard Casas sebelum ini menghuni tangga kedua dengan 32 mata, cuba menghidupkan peluang merebut kedudukan juara apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia 7-1 Sabtu lalu selain mengharapkan Selangor MAC tercicir mata dalam baki perlawanan mereka. Hasrat itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila Selangor MAC turut menang 3-2 ke atas Selangor TOT juga pada hari sama.

    Selangor MAC sebelum ini menjuarai MPFL pada edisi 2019 dengan mengecewakan Pahang Rangers yang berpuas hati bergelar naib juara. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...