Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Selepas taman, kini wanita ditegah masuk gim

    KABUL, 13 NOV – Gim dan tempat mandi awam kini juga dihadkan kepada wanita Afghanistan, Taliban mengesahkan hari ini, beberapa hari selepas melarang mereka daripada mengunjungi taman awam dan tapak pesta.

    Wanita Afghanistan semakin tertekan sejak Taliban kembali berkuasa tahun lalu, meskipun berjanji akan lebih bertolak ansur berbanding rejim Taliban terdahulu yang tamat pada 2001.

    Kebanyakan kakitangan awam wanita sudah pun diberhentikan kerja atau hanya diberi sedikit bayaran untuk kekal berada di rumah selain dilarang berjalan-jalan tanpa ditemani muhrim lelaki dan mesti memakai burka atau hijab apabila keluar rumah.

    Sekolah untuk remaja perempuan Afghanistan turut ditutup sejak Taliban kembali berkuasa pada Ogos 2021.

    “Gim ditutup kepada wanita kerana pelatih mereka kebanyakannya lelaki dan sesetengah gim terbuka kepada wanita serta lelaki,” kata jurucakap Kementerian Pencegahan Maksiat dan Promosi Akhlak, Mohammad Akif Sadeq Mohajir, kepada AFP. – AFP

    Wanita Afghanistan berdiri di luar taman hiburan, di Kabul, Afghanistan pada 10 November. Pada 13 November Taliban turut menegah wanita daripada menggunakan gim dan tempat mandi awam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...