Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Semarak Niaga bantu pemulihan ekonomi M’sia

    KUALA LUMPUR, 20 FEB – Kerajaan mahu pastikan negara berada di landasan pemulihan ekonomi yang kukuh menerusi pelaksanaan Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (Semarak Niaga) dengan peruntukan lebih RM40 bilion dalam Bajet 2022.

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Semarak Niaga bukan sahaja menyokong perniagaan dari segi suntikan modal kerja atau pembiayaan, tetapi juga melalui suntikan berbentuk ekuiti (seperti membeli saham atau memegang ekuiti dalam syarikat) kepada perniagaan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

    “Ini merupakan salah satu penyelesaian yang inovatif dan tidak pernah diperkenalkan sebelum ini. Kerajaan yakin usaha ini akan membantu komuniti usahawan untuk terus maju dan bangkit semula,” katanya dalam satu wawancara bertulis bertajuk ‘Inisiatif Semarak Niaga Keluarga Malaysia (Bajet 2022)’ pada Sabtu.

    Ismail Sabri berkata apabila bantuan dan sokongan diberikan kepada komuniti perniagaan, lebih banyak peluang pekerjaan dapat dicipta, di samping memulihkan punca rezeki Keluarga Malaysia.

    “Ini sekali gus akan mengurangkan kadar pengangguran yang mana kerajaan menyasarkan kadar pengangguran yang akan terus pulih di bawah paras empat peratus menjelang hujung tahun ini.” – Bernama

    Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) mendengar penerangan daripada petugas ketika melawat ruang pameran sempena Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...