Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Sembuh akhirnya selepas dijangkiti COVID 13 bulan

    PARIS, 4 NOV – Para penyelidik British mengumumkan hari ini mereka berjaya menyembuhkan seorang lelaki yang berterusan dijangkiti COVID selama 411 hari dengan menganalisis kod genetik virus untuk mencari rawatan yang sesuai.

    Jangkitan COVID yang berterusan – yang berbeza dengan long COVID atau serangan penyakit berulang – berlaku dalam sejumlah kecil pesakit dengan sistem imun yang telah pun lemah.

    Pesakit berkenaan boleh diuji positif selama beberapa bulan malah beberapa tahun dengan jangkitan, kata Luke Snell, pakar yang mengkhusus dalam penyakit berjangkit di Yayasan NHS Gyu’s dan St Thomas.

    Jangkitan boleh menimbulkan risiko serius disebabkan kira-kira separuh daripada pesakit juga mempunyai gejala berlarutan seperti radang paru-paru, beritahu Snell kepada AFP, menambah masih banyak yang belum diketahui mengenai keadaan tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...