Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Sepanyol, Portugal terpaksa berpuas hati berkongsi mata

    MADRID, 3 JUN – Portugal menafikan kemenangan pertama Sepanyol dalam kejuaraan Liga Negara-negara apabila jaringan lewat perlawanan Ricardo Horta berjaya menyamakan kedudukan selepas Alvaro Morata meletakkan pasukannya di hadapan, kelmarin.

    Sementara itu, Cristiano Ronaldo diturunkan pada separuh masa kedua untuk pasukan Portugal, namun Horta yang turut dimasukkan berjaya mencuri gol penyamaan ketika perlawanan berbaki lapan minit.

    Penyerang Braga tersebut telah membuat kemunculan keduanya untuk pasukan Portugal, lapan tahun selepas kali pertama dia membuat penampilan sulungnya.

    “Saya berasa bangga,” katanya. “Saya berhak untuk berada di sini dan ingin membuktikannya,” tambahnya.

    Dengan keputusan seri tersebut bermakna kedua-dua pasukan terlepas kelebihan selaku pasukan pilihan Kumpulan A2, dengan dua perlawanan bertemu Switzerland dan Republik Czech masih menanti. Sepanyol akan bermain menentang Republik Czech pada Ahad dan Portugal beraksi di laman sendiri bertemu Switzerland.

    “Kami mempunyai peluang, kami gagal menambah jaringan dan kemudian mereka berjaya menyamakan kedudukan. Kami terpaksa bekerja keras,” kata Morata.

    Kedua-dua pasukan tersebut akan menjadi antara pasukan yang mampu untuk memenangi Piala Dunia di Qatar pada tahun ini tetapi pasukan Sepanyol yang memiliki ramai pemain muda dan dilihat lebih lengkap dan bertenaga semasa aksi di Stadium Benito Villamarin, yang kembali daripada kempen yang panjang dan memenatkan. – AFP

    Aksi Raphael Guerreiro (kiri) mencabar Pablo Sarabia semasa perlawanan Liga Negara-Negara UEFA, antara Sepanyol dan Portugal di Stadium Benito Villamarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...