Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Setengah juta pekerja mogok di UK

    LONDON, 1 FEB – Setengah juta pekerja mogok di Britain hari ini, menuntut gaji lebih tinggi dalam mogok terbesar seumpama itu dalam lebih satu dekad, sekali gus menutup sekolah dan menjejaskan pengangkutan.

    Eropah sedang bergelut krisis sara hidup dan mogok terbaharu diadakan sehari selepas lebih 1.27 juta penduduk membanjiri jalan raya di Perancis, menambah tekanan ke atas kerajaan Perancis berhubung pelan pembaharuan pencen.

    Pertubuhan pekerja Britain, Kongres Kesatuan Perniagaan (TUC) menggelarnya ‘mogok terbesar sejak 2011.’ Guru-guru dan pemandu kereta api adalah antara kumpulan terbaharu yang bertindak, selain pekerja sempadan di bandar pelabuhan dan udara UK.

    “Kami melancarkan mogok kerana sejak 10 tahun lalu kami tidak mempunyai kenaikan gaji,” kata pekerja pusat pekerjaan dan wakil kesatuan Graham, yang enggan memberikan nama terakhirnya.

    “Beberapa anggota kami, walaupun mereka masih bekerja, masih perlu mengunjungi bank makanan,” beritahunya kepada AFP.

    “Bukan sahaja gaji tidak mencukupi, isu lain seperti tambang, cukai dan sewa semakin meningkat. Apa sahaja yang kami terima habis digunakan.”

    Britain telah menyaksikan mogok berbulan-bulan lamanya oleh puluhan ribu pekerja – termasuk kakitangan pos, peguam, jururawat dan pekerja dalam sektor runcit – ketika inflasi UK mencecah lebih 11 peratus, tahap tertinggi dalam lebih 40 tahun. – AFP

    Guru-guru dan anggota Kesatuan Pendidikan Nasional (NEU) memegang sepanduk semasa tunjuk perasaan di Jalan Reading, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...