Wednesday, May 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    SFA tarik balik empat produk coklat Kinder

    SINGAPURA, 12 APRIL – Agensi Makanan Singapura (SFA) telah melanjutkan penarikan balik empat produk coklat Kinder yang diimport dari Belgium susulan kebimbangan salmonela, kata pihak berkuasa dalam siaran akhbar hari ini.

    Langkah itu menyusuli amaran penarikan baharu yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Ireland disebabkan kemungkinan adanya kehadiran salmonela, kata SFA.

    Antara empat produk itu, penarikan balik Kinder Surprise Maxi, Kinder Mini Eggs dan Kinder Egg Hunt Kit, akan dilanjutkan kepada semua kumpulan dan tarikh luput, beberapa hari selepas SFA mengumumkan penarikan balik beberapa kumpulan tertentu pada 8 April.

    Sementara itu, SFA telah menambah senarai produk baharu dinamakan Kinder Schokobons, dengan semua kumpulan dan tarikh produk seumpamanya akan ditarik balik.

    Ini adalah kali ketiga SFA melanjutkan skala penarikan balik produk tersebut seminggu yang lalu dan lima produk Kinder sudah ditarik balik setakat ini.

    SFA juga mengarahkan lima pengimport untuk menarik balik produk dicemari itu. Ia juga menyarankan pengguna yang memakan produk tersebut dan bimbang tentang kesihatan, agar mendapatkan rawatan. – Xinhua

    Empat produk coklat Kinder yang ditarik balik. – Gambar SFA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Empat kapal China didakwa masuk perairan larangan

    TAIPEI, 7 MEI - Taipei menggesa Beijing menghentikan tindakan yang membahayakan keselamatan susulan empat kapal pengawal pantai China belayar melalui perairan ‘terlarang’ Taiwan. China yang...