Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    BGC bantu keluarga kurang berkemampuan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar oleh Daniel Lim

    BELAIT, 12 APRIL – Dalam semangat membantu mereka yang memerlukan di bulan Ramadan yang penuh rahmat ini, Brunei Gas Carriers (BGC) telah meneruskan Projek Amali ke-9 di Mukim Labi, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan BGC, lima buah keluarga yang kurang berkemampuan di Kampung Labi telah dikenali pasti untuk menerima sumbangan dalam projek itu di mana setiap keluarga menerima sumbangan makanan dan barangan keperluan asasi.

    Mengetuai rombongan BGC untuk menyerahkan sumbangan berkenaan ialah Pengurus (People Manager) BGC, Awang Mohd Khairol Amilin bin Haji Maidin.

    Rombongan BGC disambut oleh Ketua Kampung Labi 1 dan Pemangku Penghulu Mukim Labi, Awang Hanapi bin Mohd Siput.

    Awang Mohd Khairol dipetik berkata, dengan adanya hasil sumbangan pihak syarikat dan kakitangan, mereka berpeluang sama-sama meringankan bebanan masyarakat yang memerlukan lebih-lebih lagi dalam bulan suci Ramadan ini dan turut bersimpatidengan keadaan mereka yang terkesan terutama semasa pandemik COVID.

    Dalam pada itu, BGC turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemangku penghulu Mukim Labi atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam pelaksanaan projek tersebut pada setiap tahun demi menanaikan harapan tulus untuk sama-sama meningkatkan kesejahteraan masyarakat di mukim tersebut.

    Menerusi projek ini, semua sukarelawan yang terlibat juga mendapat pengajaran berharga mengenai erti sebuah kesukaran dalam kehidupan khususnya yang dialami oleh lingkungan keluarga yang kurang bernasib baik sekali gus mampu mendidik semangat jiwa kemanusiaan ke arah nilai-nilai positif demi memenuhi kepentingan dan kesejahteraan bersama.

    Selain itu, BGC turut berhasrat untuk meluaskan jangkauan projek berkenaan dengan menghubungkan lebih banyak komuniti di Negara Brunei Darussalam pada masa akan datang.

    Salah sebuah keluarga yang kurang berkemampuan di Kampung Labi telah menerima sumbangan makanan dan barangan keperluan asasi dari Brunei Gas Carriers (BGC) dalam Projek Amali ke-9 yang bertujuan untuk meringankan bebanan masyarakat memerlukan lebih-lebih lagi dalam bulan suci Ramadan ini dan mereka yang terkesan semasa pandemik COVID.
    Rombongan BGC bergambar bersama sumbangan makanan dan barangan keperluan asasi semasa Projek Amali ke-9 di Mukim Labi, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...