Monday, May 6, 2024
22.8 C
Brunei

    -

    Shanghai beransur-ansur buka semula sekolah pada Jun

    SHANGHAI, 26 MEI – Pelajar sekolah di Shanghai akan beransur-ansur memulakan persekolahan bersemuka pada Jun dengan ujian harian COVID, menurut kerajaan tempatan hari ini, ketika metropolis China itu kembali bangkit daripada perintah berkurung panjang yang melumpuhkannya.

    China telah memerangi penularan koronavirus terburuknya sejak bermulanya pandemik, dengan pusat virus, Shanghai melarang seramai 25 juta penduduknya meninggalkan kediaman mereka selama berminggu-minggu.

    Sebahagian sekatan di bandar itu sudah pun mula dilonggarkan kebelakangan ini ketika kes mula menurun, meskipun kebanyakan penduduk masih belum dibenarkan keluar lebih daripada beberapa jam sehari.

    Pelajar yang akan menghadiri dua tahun terakhir persekolahan menengah – dan perlu bersedia bagi peperiksaan kemasukan kolej yang penting – akan kembali ke sekolah di seluruh bandar itu bermula 6 Jun, kata pegawai pendidikan Shanghai, Yang Zhenfeng pada satu sidang media hari ini.

    Mereka kemudiannya akan disertai oleh pelajar-pelajar dalam gred akhir sekolah menengah manakala pelajar lain masih kekal belajar secara online, kata Yang.

    “Kami akan memastikan pelajar disaring di kampus selepas sekolah setiap hari, dengan keputusan ujian PCR mereka akan dikeluarkan esok pagi,” kata Yang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemantau sekatan akan gagal – Duta PBB Korea Utara

    PYONGYANG, 5 MEI - Duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata usaha untuk menubuhkan panel baharu bagi memantau sekatan terhadap negaranya akan...