Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    S’pura naik taraf Pusat Pemeriksaan Woodlands

    SINGAPURA, 26 MEI – Singapura akan memperbesar dan menaik taraf Pusat Pemeriksaan Woodlands untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengurangkan masa perjalanan dan meningkatkan keselamatan, di persimpangan sempadan darat antara republik itu dan Malaysia.

    Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura, jumlah trafik di Pusat Pemeriksaan Woodlands diunjur meningkat hampir 40 peratus menjelang 2050.

    “Ini bermakna purata harian kira-kira 400,000 pengembara berbanding ketika pra-pandemik iaitu kira-kira 300,000 pengembara pada 2019,” memetik kenyataan bersama ICA dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA) hari ini.

    Walaupun COVID-19 telah menjejaskan perjalanan, pembukaan semula sepenuhnya sempadan darat mulai 1 April 2022 telah menyaksikan jumlah ketibaan kembali kepada lebih 90 peratus pada hujung minggu berbanding jumlah sebelum pandemik.

    “Kami menjangkakan volum harian akan mencapai tahap pra-COVID tidak lama lagi, dan terus meningkat selepas itu. Jika kapasiti pelepasan keseluruhan tidak ditingkatkan, masa perjalanan untuk trafik kenderaan boleh meningkat lebih 60-70 peratus semasa tempoh puncak menjelang 2050.

    “Justeru, ICA akan menaik taraf Pusat Pemeriksaan Woodlands merangkumi Pusat Bandar Woodlands Lama untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan sebagai persediaan Pusat Pemeriksaan Woodlands untuk menghadapi peningkatan jumlah trafik,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar fail Tambak Johor yang menghubungkan Singapura. Kesesakan trafik di laluan dan pusat pemeriksaan di Singapura membawa kepada usaha menaiktarafkan Pusat Pemeriksaan Woodlands. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...