Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Shanghai buka semula perniagaan secara berperingkat

    SHANGHAI, 15 MEI – Shanghai mengumumkan pembukaan semula aktiviti perniagaan secara beransur-ansur mulai Isnin, meskipun ia masih belum jelas bila jutaan penduduk yang masih terkurung di ibu kota China akhirnya akan dibenarkan keluar dari kediaman mereka.

    China, yang berdepan penularan COVID terburuk sejak permulaan pandemik, merupakan negara ekonomi terbesar yang masih menutup sempadannya kepada dunia dan mengurung 25 juta orang penduduk bandar dengan sekatan ketat sejak awal April.

    Strategi ketat untuk mengawal peningkatan kes telah mencetuskan gangguan ke atas rantaian bekalan, menjejaskan peniaga-peniaga kecil dan membahayakan matlamat ekonomi negara itu.

    Bagi kebanyakan penduduk Shanghai, yang sebahagiannya terpaksa terus berada di rumah sebelum April, merasa kecewa dengan beberapa masalah termasuk rantaian bekalan, akses kepada penjagaan kesihatan yang bukan berkaitan dengan COVID, pusat kuarantin yang tidak selesa dan ramai yang meluahkan kemarahan mereka melalui dalam talian.

    Naib datuk bandar Shanghai, Chen Tong hari ini mengumumkan bahawa aktiviti perniagaan akan dibuka semula ‘secara berperingkat’ bermula 16 Mei.

    Penduduk Shanghai melakukan ujian saringan di tengah-tengah kawasan komersial. Shanghai akan membuka semula aktiviti perniagaan secara berperingkat.- AP

    Walau bagaimanapun, Chen tidak menjelaskan secara terperinci sama ada ia merujuk kepada penyambungan semula aktiviti di bandar tersebut atau adakah ia diberikan pengecualian mengikut kriteria kesihatan.

    Di bawah strategi ‘sifar COVID’ China, sebarang pelonggaran kebiasaannya mengikut syarat iaitu tiada kes baharu dicatatkan selama tiga hari di luar pusat kuarantin.

    Pihak berkuasa Shanghai menyasarkan matlamat tersebut pada pertengahan Mei.

    Jumlah jangkitan dilihat semakin menurun, dengan 1,369 kes baharu dilaporkan hari ini di Shanghai, penurunan ketara daripada lebih 25,000 kes pada penghujung April.

    Namun di beberapa buah kawasan, sekatan semakin diketatkan sejak beberapa hari kebelakangan.

    Kira-kira 1,200 kilometer di bahagian Utara, penduduk Beijing bimbang mereka mungkin dikenakan perintah berkurung serupa selepas lebih 1,000 kes dicatatkan di ibu kota sejak penghujung April. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...