Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Singapura rakan strategik utama pulihkan ekonomi negeri

    JOHOR BAHRU, 5 APRIL – Singapura disifatkan sebagai rakan strategik utama Johor dalam usaha memulihkan ekonomi negeri itu pasca pandemik COVID, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

    Beliau berkata ia disebabkan negara seberang tambak itu merupakan antara pelabur terbesar di Malaysia, terutamanya di Johor.

    Perkara itu dibincangkan beliau menerusi panggilan video dengan Menteri Pembangunan Negara Singapura Desmond Lee, hari ini.

    Lee turut mengucapkan tahniah kepada Onn Hafiz atas kelancaran pembukaan sempadan darat antara Malaysia dan Singapura pada 1 April lalu.

    “Antara perkara yang kami bincangkan ialah langkah-langkah proaktif bagi meningkatkan hubungan antara rakyat Johor dan Singapura, lebih-lebih lagi selepas pintu sempadan dibuka.

    “Kami juga berbincang serba sedikit berkenaan agenda “Joint Ministerial Committee Iskandar Malaysia-Singapura” yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pengangkutan Singapura S Iswaran, Lee dan saya sendiri,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dimuatnaik menerusi Facebook rasminya.

    Onn Hafiz berkata Johor dan Singapura memang mempunyai hubungan yang baik dan erat sejak sekian lama, malah, ramai rakyat Singapura dan Bangsa Johor mempunyai pertalian saudara.

    “Semoga hubungan erat ini akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...