Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Sixers singkirkan Pacers

    NEW YORK, 10 APRIL – Joel Embiid mencatat 41 mata ketika Philadelphia 76ers memperoleh kemenangan ke-50 mereka musim ini dengan kemenangan 133-120 ke atas Indiana Pacers pada Sabtu.

    The Sixers, yang bersaing dengan Boston Celtics untuk tempat ketiga dalam Eastern Conference dengan berbaki satu perlawanan musim ini, meningkat kepada 50-31 dengan kemenangan tersebut.

    Philadelphia boleh menduduki tempat ketiga hari ini sekiranya mereka menewaskan Detroit di laman sendiri dalam perlawanan final mereka pada musim ini dan Boston kalah dalam perlawanan menentang Memphis Grizzlies.

    Sementara itu, Embiid menghasilkan satu lagi prestasi dominan yang menambah peluangnya untuk memenangi anugerah Pemain Paling Berharga NBA, dan mengakhiri perlawanan dengan 20 rebound dan empat assist sebagai tambahan kepada 41 mata keseluruhan yang dikumpulnya.

    Namun Embiid tidak menghebohkan sumbangannya selepas perlawanan.

    Aksi Joel Embiid (kanan) menjaringkan bola sambil dikawal Buddy Hield (tengah) dan Terry Taylor semasa perlawanan NBA di antara Philadelphia 76ers dan Indiana Pacers di Philadelphia pada 9 April 2022. – AP

    “Saya sentiasa berkata saya mahu mendominasi, dan dominasi boleh muncul dalam pelbagai cara berlainan,” katanya. “Ada kalanya ia dalam bentuk angka, dan ada kalanya angka tidak menunjukkannya.”

    Sementara Embiid berkata Sixers ‘masih mempunyai perjalanan yang jauh,’ dia percaya prestasi serangan yang seimbang daripada pasukan pada Sabtu memberikan petanda baik untuk penghujung musim ini.

    James Harden menambah 22 mata dengan 14 assist, sementara Tyrese Maxey dan Tobias Harris menyumbang dengan 18 mata masing-masing dalam perlawanan yang dipimpin Sixers dari awal suku pertama sehingga wisel penamat.

    “Kami sedang mengusahakan apa yang ingin kami capai dalam playoff,” kata Embiid. “Memastikan semua orang berasa selesa dalam serangan dan hari ini merupakan contoh yang baik. Bola bergerak di tangan pemain yang betul.

    “Dan itulah yang perlu kami lakukan dalam playoff sekira-nya kami mahu berjaya.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...