Sunday, April 28, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Skuad hoki wanita tekad balas dendam

    KUALA LUMPUR, 30 MAC – Skuad hoki dalam dewan wanita Malaysia membawa misi balas dendam ke atas Indonesia sekali gus mempertahankan pingat emas di Sukan SEA, Kemboja pada Mei ini.

    Penyerang skuad kebangsaan Malaysia, Qasidah Najwa Muhammad Halimi menyifatkan kekalahan Malaysia di tangan Indonesia pada Kejohanan Hoki Dewan Piala Asia 2022 merupakan mimpi ngeri apatah lagi lawan mereka kini di bawah bimbingan jurulatih, Muhammad Dharma Raj Abdullah, yang pernah membimbing pasukan Malaysia sehingga meraih emas pada edisi 2019 di Filipina.

    “Coach Dharma tahu serba sedikit mengenai Malaysia tapi ia tidak jadi masalah, kita masih boleh kalahkan mereka. Perlawanan Piala Asia di Thailand sebelum ini kita cuma kalah tipis, saat akhir Indonesia menang, patutnya Malaysia boleh menang, tapi tak ada rezeki.

    “Sukan SEA Kemboja peluang membalas dendam untuk kekalahan saat akhir itu, ia merupakan mimpi ngeri lagi-lagi kalah dengan Indonesia bawah kendalian coach Dharma,” katanya kepada pemberita semasa sesi latihan skuad hoki dalam dewan wanita.

    Pada Kejohanan Hoki Dewan Piala Asia 2022, skuad kebangsaan Malaysia tewas 0-1 di tangan Indonesia pada pusingan separuh akhir sebelum berjaya meraih pingat gangsa dengan menewaskan Kazakhstan 2-0 dalam aksi penentuan ketiga dan keempat.

    Dalam pada itu, Qasidah Najwa berkata meskipun pemain dalam yang membawa cabaran ke Kemboja rata-rata muka baharu, namun beliau optimis barisan pemain kuat dan mampu memburu kejuaraan di Kemboja. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...