Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    SOP pelajar kod merah, ungu ditetapkan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Pelajar yang didapati positif COVID atau mempunyai kod merah diminta supaya menghubungi pihak sekolah, di mana pihak sekolah sudah pun membincangkan prosedur operasi standard (SOP) yang munasabah dengan Kementerian Kesihatan bagi menduduki peperiksaan.

    Mereka yang hadir ke sekolah akan membuat ujian pantas antigen (ART) dan mereka yang didapati positif pula akan diasingkan kawasan atau ditempatkan di bahagian lain sekolah yang hanya dikhaskan untuk mereka yang mempunyai kod merah dan ungu secara berasingan.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jafaar menjelaskan perkara itu ketika ditanya mengenai kedudukan pelajar yang mempunyai kod merah atau ungu semasa peperiksaan, semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Selain pelajar, guru-guru perlu memahami tugas masing-masing semasa berada di sana di mana mereka perlu pemakaian PPE dan SOP yang tertentu.

    “Sekolah adalah penting dan pada masa ini peperiksaan semua fizikal dan ini adalah untuk memastikan supaya pelajar tidak ketinggalan, kecuali kalau mereka sakit dengan simptom yang berat tapi bagi mereka yang mempunyai simptom ringan atau asimptomatik akan ada peraturannya,” jelas beliau lagi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...