Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sorenstam, Sagstrom pendahulu LPGA

    NEW YORK, 14 JULAI – Pemain golf veteran Sweden, Annika Sorenstam dan rakan senegara, Madelene Sagstrom, masing-masing mendahului pusingan pertama pada kejohanan berpasukan Jelajah Jemputan LPGA Dow Great Lakes Bay kelmarin selepas menghasilkan lima di bawah par 65.

    Semasa aksi di Midland Country Club, Sorenstam dan Sagstrom mempamerkan aksi cemerlang untuk mendahului selepas bermain dengan sempurna untuk mara ke enam di bawah par dengan baki tiga lubang.

    Tetapi satu bogey lima pada par empat ke-16 telah menyebabkan gandingan Sweden itu berkongsi kedudukan teratas dengan pemain Perancis, Pauline Roussin dan Dewi Weber dari Belanda, yang mencatatkan lima bawah par 65 tanpa bogey untuk mara ke kedudukan teratas papan pendahulu.

    Setahun selepas Ariya dan Moriya Jutanugarn dari Thailand meraih kemenangan tiga pukulan dalam kejohanan tersebut, satu lagi beregu Thailand kembali beraksi kelmarin.

    Pornanong Phatlum dan Pavarisa Yoktuan hampir mendahului pesaing lain apabila hanya sekadar mendapat empat bawah par selepas mendapat 66.

    Gandingan tersebut terikat di tempat ketiga bersama gandingan Jodi Ewart Shadoff dari England dan Emma Talley dari Amerika Syarikat (AS), serta gandingan AS, Jillian Hollis dan Lauren Stephenson.

    Satu lagi gandingan AS, Allison Emrey dan Katherine Perry-Hamski berada di tempat kedua selepas mencatatkan tiga bawah par 67.

    Sementara itu, lima lagi gandingan, termasuk bekas pemenang Kejuaraan Chevron, Jennifer Kupcho dan rakan AS, Lizette Salas, mengintai pukulan lebih jauh pada dua di bawah par selepas membuat pukulan 68. – AFP

    Aksi Sorenstam semasa pusingan pertama kejohanan golf American Century Celebrity Championship di Padang Golf Edgewood Tahoe pada 8 Julai 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...