Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Southgate: Status England tak penting

    DOHA, 4 DIS – Jurulatih England, Gareth Southgate menegaskan status England sebagai pasukan pilihan dalam Piala Dunia tidak memberi apa-apa makna kepada pertembungan 16 terakhir bertemu Senegal kerana juara Afrika itu menimbulkan ancaman yang serius kepada pasukannya.

    Skuad kendalian Southgate dianggap sebagai pencabar gelaran juara di Qatar selepas berjaya mencapai separuh akhir dalam Piala Dunia 2018 dan menjadi naib juara dalam Euro 2020.

    England dijangka mampu menyingkirkan Senegal di Stadium Al Bayt pada Ahad, namun Southgate tidak mahu memandang rendah skuad kendalian Aliou Cisse.

    “Kami berasa sangat kagum dengan Senegal. Kami tahu mereka adalah juara Afrika dan sangat berbangga serta mempunyai semangat dan kepercayaan yang tinggi untuk menang,” Southgate berkata kepada wartawan pada Sabtu.

    “Mereka mempunyai pemain yang cemerlang yang mampu mengucar-ngacirkan keadaan.

    “Kami akan dianggap sebagai pasukan pilihan dan Senegal sebagai pasukan underdogs, namun ia tidak membawa apa-apa makna dalam perlawanan ini.”

    Walaupun tanpa pemain penyerang Bayern Munich, Sadio Mane yang tercedera, Senegal tetap unggul dengan memenangi permainan yang sama banyak dimenangi oleh England dalam kejohanan kali ini, dengan kedua-dua pasukan berjaya menang sebanyak dua kali dalam peringkat kumpulan.

    Senegal juga baru sahaja memenangi Piala Afrika buat pertama kali pada tahun lepas.

    “Sadio merupakan pemain yang menakjubkan dan setiap pasukan pasti mahukannya namun Senegal telah menjadi sangat kuat tanpa kehadirannya,” kata Southgate.

    “Mereka telah menunjukkan semangat yang kuat melalui kehilangannya. Kami perlu melakukan yang terbaik untuk memenangi permainan ini. Cisse telah menjalankan tugas dengan sangat baik.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...