Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lebih 200 sertai acara tahunan DevFest

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Bagi memenuhi kepentingan komuniti teknologi tempatan serta untuk memenuhi apa yang dituntut daripada pasaran teknologi tempatan, lebih 200 orang telah hadir dalam acara tahunan DevFest yang diadakan secara fizikal dan maya di Taman Teknologi Anggrek Desa, hari ini.

    Acara diadakan bersempena Festival Disember Brunei dan Hari Tindakan Brunei itu dihasrat dapat mengecilkan jurang kemahiran yang hilang sebanyak mungkin untuk mengembangkan lagi kumpulan bakat tempatan.

    DevFest dianjurkan oleh Google Developer Group (GDG) Brunei dan Women Teachmakers (WTM) Brunei yang disokong oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Brunei Innovation Lab (BIL) dan Majlis Belia Brunei.

    Acara dimulakan dengan ucaptama pembukaan bertajuk Future-proof Upskilling yang telah disampaikan oleh Pengarah Teknikal BSP, Dr Erik Legius.

    DevFest diisi dengan pelbagai ceramah dan bengkel bagi memberi peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah dengan hanya mengambil bahagian dalam aktiviti kuiz yang telah disediakan.

    Ceramah dan bengkel tersebut membentangkan 16 kategori teknologi iaitu Awan, Pangkalan Data, Mudah Alih, Web, Keselamatan, Pembangunan Permainan, Robotik, IoT, Teknologi GIS, Teknologi Angkasa, Kepintaran Buatan, Pembelajaran Mesin, Analitis Data, Blockchain, Kemahiran Insaniah dan Kemahiran Perniagaan untuk Pemaju.

    Dalam pada itu, DevFest telah menjemput 22 penceramah dari latar belakang yang berbeza untuk menyampaikan ceramah dalam bidang masing-masing.

    Acara tersebut juga dimeriahkan dengan pameran projek yang disertai oleh peserta tempatan untuk mempamerkan hasil kerja mereka.

    Dr Erik Legius bersama para tetamu yang hadir semasa majlis berkenaan.
    Antara peserta yang hadir semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...