Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    SPABSB rai 187 pelajar cemerlang

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Seramai 187 orang pelajar telah diraikan pada Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang bagi sesi 2022M/1443H, Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan (SPABSB), baru-baru ini.

    Para pelajar yang diraikan terdiri daripada 122 pelajar terbaik dalam Penilaian Pelajar bagi Sanah 5 dan 6, dan 65 orang pelajar yang telah berjaya memperolehi keputusan 5A dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) pada 2022.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Qa’ah Raesiyyah, SPABSB itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keagamaan) di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang yang juga menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pelajar dan penghargaan khas bagi guru-guru.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pengajian Islam (JPI), KHEU, pelajar sekolah berkenaan yang memperolehi gred A hingga C dalam lima mata pelajaran adalah pada tahap cemerlang dengan mendapat 91.4 peratus.

    Pencapaian cemerlang para pelajar merupakan bukti keberhasilan usaha para guru dalam mendidik para pelajar dan sokongan daripada para ibu bapa dan penjaga yang berterusan.

    Haji Mohd Serudin semasa menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar yang diraikan. – Gambar serahan JPI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...