Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Sporting kejutkan Spurs di Lisbon

    LISBON, 14 SEPT – Antonio Conte mengakui Tottenham kendaliannya menerima padah atas kesilapan sendiri apabila gol terakhir Paulinho memberi inspirasi kepada kemenangan mengejutkan Sporting Lisbon 2-0 dalam Liga Juara-Juara pada Selasa.

    Kecuaian benteng pertahanan dalam masa kecederaan menyaksikan Paulinho dan Arthur Gomes berjaya membolosi Spurs dalam masa empat minit aksi di Stadium Jose Alvalade.

    Richarlison, Harry Kane dan Emerson Royal semuanya tidak dapat menewaskan penjaga gol Sporting Antonio Adan, manakala kemarau gol Son Heung-min berlanjutan kepada lapan perlawanan.

    Tottenham begitu hampir untuk membawa pulang satu mata dari Portugal sebelum Paulinho menanduk masuk ke gawang dan Arthur Gomes membelah benteng pelawat untuk kemenangan kedua berturut-turut Sporting dalam Kumpulan D.

    “Ia adalah keputusan yang sukar. Apabila awda kalah dalam perlawanan, awda tidak gembira. Saya fikir permainan tidak seimbang pada separuh masa kedua, kami boleh menjaringkan gol,” kata Conte.

    “Kami cuba memenangi perlawanan dan kemudian dalam 10 minit terakhir kami boleh melakukan lebih baik. Mereka menjaringkan gol dengan sepakan sudut dan kami melepaskan gol kedua selepas 90 minit. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...