Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    S’pura laksana hukuman mati ke-10

    SINGAPURA, 5 OGOS – Singapura menjatuhkan hukuman gantung ke atas dua penyeludup dadah hari ini, menurut penyokong hak asasi, membawa jumlah keseluruhan banduan dihukum mati dalam masa empat bulan ini kepada 10 orang.

    Meskipun pihak antarabangsa menyeru negara itu menghapuskan hukuman mati, hukuman gantung tetap diteruskan termasuklah ke atas seorang lelaki kurang upaya kognitif yang dikecam secara meluas pada April dan berlaku apabila Singapura menyambung semula pelaksanaan hukuman gantung selepas tertangguh selama dua tahun.

    Penyokong hak asasi, Kirsten Han dan aktivis lain mengenal pasti seorang daripada banduan yang digantung sebagai Abdul Rahim Shapiee, 45, bekas pemandu perkhidmatan e-hailing yang disabitkan bersalah menyeludup heroin.

    Rayuan terakhirnya ditolak, menurut media tempatan dan penyokong hak asasi. Seorang lagi ialah rakan subahat Shapiee, kedua-duanya rakyat Singapura.

    “Kami percaya kedua-duanya dihukum gantung pagi ini,” kata Han dalam ciapannya di Twitter. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...