Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Guardiola enggan halang keinginan Silva

    MANCHESTER, 5 OGOS – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola enggan menghalang keinginan pemain tengahnya, Bernardo Silva untuk berpindah menyertai Barcelona sebelum jendela perpindahan tutup.

    Guardiola berkata tidak ada sebarang bidaan dibuat oleh bekas kelabnya untuk pemain tengah Portugal, namun menegaskan dia tidak akan mengekalkan Silva di Manchester tanpa keinginan pemain itu.

    Meskipun menanggung hutang 1.3 bilion euro, Barcelona telah berbelanja besar pada musim panas ini dan dilaporkan cuba memancing Silva sekiranya Frenkie de Jong meninggalkan Camp Nou.

    City sudah melepaskan Gabriel Jesus dan Oleksandr Zinchenko untuk menyertai Arsenal dan menjual Raheem Sterling ke Chelsea musim panas ini disebabkan ketiga-tiga pemain itu ingin bermain dengan lebih kerap.

    Sebagai perbandingan, Silva merupakan pemain penting dalam kemenangan empat gelaran liga buat City dalam tempoh lima musim dan akan sukar mencari pengganti dalam beberapa minggu terakhir jendela perpindahan.

    “Saya selesa bekerjasama dengan Oleks, Raheem, Gabriel, mereka mempunyai karakter yang luar biasa dan membantu kami untuk mencapai kejayaan,” kata Guardiola.

    “Jika Silva kekal ia akan menjadi lebih baik dan sekiranya dia meninggalkan kelab, ia adalah perkara biasa dalam bola sepak. Pemain juga mempunyai keinginan. Saya tidak akan menghalang keinginan mereka.” – AFP

    Guardiola berkata dia tidak akan menghalang Bernardo Silva meninggalkan kelab untuk menyertai Barcelona. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...