Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Sri Lanka temui 14 mayat dalam bot China

    COLOMBO, 24 MEI – Tentera laut Sri Lanka berkata kelmarin ia telah menemui 14 mayat di dalam bot nelayan China yang karam minggu lalu brsama 39 anak kapal.

    Penemuan mengerikan itu berlaku sehari selepas siasatan awal kerajaan China menyimpulkan tiada mangsa yang terselamat dalam kapal yang terbalik pada 16 Mei.

    Lu Peng Yuan Yu 028, yang dinaiki anak kapal seramai 17 dari warga China, 17 warga Indonesia dan lima warga Filipina dan berada dalam wilayah mencari dan menyelamat Australia yang luas, 5,000 kilometer barat Perth.

    Kementerian Luar Filipina berkata bot itu terletak pada 18 Mei kira-kira 1,000 kilometer ke selatan Sri Lanka tetapi usaha menyelamat terhalang oleh cuaca buruk.

    Tentera laut Sri Lanka berkata penyelamnya telah menemui dua mayat dan mengesan 12 lagi mayat kelmarin, mengeluarkan gambar yang menunjukkan badan kapal merah terbalik dan mayat ditarik keluar dari air.

    Ia berkata lokasi 12 mayat di dalam bot itu ditandakan dan diserahkan kepada pihak berkuasa China. Warganegara mangsa yang dijumpai tidak diketahui dengan segera.

    Kenyataan angkatan laut Sri Lanka dibuat sehari selepas siasatan awal oleh kementerian pengangkutan China menyimpulkan bahawa semua penumpang telah meninggal dunia. – AFP

    Gambar yang dikeluarkan oleh Tentera Laut Sri Lanka pada 24 Mei, menunjukkan sebuah kapal nelayan China yang terbalik di Lautan Hindi. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...